LaraMag

collapse
Home / UMUM / MBI minta polis tingkat pengawasan waktu malam dari kacau ganggu 'kaki botol' di Padang Ipoh

MBI minta polis tingkat pengawasan waktu malam dari kacau ganggu 'kaki botol' di Padang Ipoh

May 31, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kehadiran individu atau sekumpulan 'kaki botol' di Padang Ipoh terutamanya pada waktu malam dilihat mengganggu ketenteraman orang awam serta keluarga bersama anak kecil yang sedang melakukan aktiviti riadah di sekitar kawasan tersebut. Susulan itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah meminta bantuan polis untuk menambah pengawasan di sekitar padang terbabit. "Kita minta polis untuk meningkatkan pengawasan di tempat itu. Siapa yang langgar undang-undang akan dikenakan tindakan," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBI Bulan Mei di Dewan Mesyuarat MBI pada Rabu. Dalam perkembangan berkaitan, Rumaizi sudah mengambil maklum aduan dan rungutan orang awam berhubung padang rumput yang tidak diselenggara dengan baik, wayar elektrik dari tiang lampu terdedah serta kerosakan trek di kawasan berkenaan. Menurutnya, MBI dalam proses untuk menjalankan kerja naik taraf serta meningkatkan pengawasan di padang yang menjadi kawasan tumpuan pelancong itu. "Saya sudah meminta jabatan berkaitan untuk meninjau kawasan yang perlu dinaik taraf termasuk Padang Ipoh," jelasnya. Katanya, faktor pertambahan penduduk dan kemasukan pelancong luar yang semakin tinggi juga menjadi punca kerosakan itu berlaku. "Dulu orang tidak berapa ramai, saya ambil contoh laporan berhubung penduduk di Daerah Kinta. Pada 2016, jumlah penduduk cuma 778,000 orang namun kini meningkat kepada 910,000 orang. "Ipoh ini saya rasa sudah naik dekat 100,000 ke 200,000 (orang penduduk) tidak termasuk pelancong lagi. "Jadi, bila orang datang ramai, satu membawa ekonomi tapi kesan lain seperti bawa sampah, penyakit, vandalisme, itu yang jadi cepat rosak (padang) barang kita ini," katanya. Rumaizi turut menegaskan tindakan akan diambil oleh penguatkuasa MBI terhadap individu yang menggunakan skuter elektrik di atas padang kerana ia boleh merosakan struktur rumput. #PerakKini #MBI #PDRM #naiktaraf #PadangIpoh #tingkatpengawasan #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.