LaraMag

collapse
Home / UMUM / MB Perak sedia beri kerjasama kepada SPRM berkaitan Tanah Rizab Melayu

MB Perak sedia beri kerjasama kepada SPRM berkaitan Tanah Rizab Melayu

Jun 07, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kerajaan Perak sedia dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang dibuat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Razman Zakaria membabitkan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM jika diminta untuk berbuat demikian. Menurutnya, sebelum ini SPRM pernah membuat siasatan berkaitan perkara itu dan mengambil fail-fail yang berkaitan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri. "Jadi kalau ada laporan baru dibuat oleh ketua pembangkang (Razman), terpulanglah kepada SPRM sebab kita tak ada masalah. "Tak ada apa benda nak disembunyikan dan tertakluk kepada siasatan yang dibuat oleh SPRM kerana kerajaan negeri bersedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM. "Kalau SPRM panggil saya, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya. Tapi saya nak ingatkan bahawa ini bukan kali pertama laporan dibuat," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas menghadiri majlis akad penyerahan lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu. Pagi tadi, Razman membuat laporan kepada SPRM berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini. Isu berkenaan membabitkan tanah rizab Melayu yang dipercayai dipecah kepada 317 lot dan dijual kepada bukan Melayu dengan harga RM412,800 bagi satu lot di Sitiawan. #PerakKini #KerajaanNegeriPerak #SPRM #TanahRizabMelayu #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.