LaraMag

collapse
Home / MASYARAKAT / MAYOR TALK - IPOH TERPILIH DALAM NATIONAL HERITAGE CONFERENCE

MAYOR TALK - IPOH TERPILIH DALAM NATIONAL HERITAGE CONFERENCE

Feb 19, 2025  Mohd UmzarulFaiz Umar  2 views
MELAKA - Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah dipilih sebagai salah seorang panel bagi Mayor’s Talk dalam persidangan “NATIONAL HERITAGE CONFERENCE 2025" bertempat di Hotel Hatten, Melaka.   Mayors' Talk adalah sesi perkongsian bersama 2 Datuk Bandar iaitu Datuk Bandar Ipoh dan Datuk Bandar Pulau Pinang berkaitan pengalaman dan penglibatan mereka di dalam melestarikan pemeliharaan dan pemuliharaan aset warisan negara bagi lokasi masing-masing.   Objektif penganjuran persidangan ini adalah berlandaskan kepada tiga perkara iaitu membina perspektif pemeliharaan warisan dari sudut pembangunan ekonomi yang mampan; menyemai budaya kepekaan dan elemen pendidikan di kalangan rakyat tentang peri pentingnya memelihara aset warisan; serta mewujudkan idea-idea kreatif dan inovatif di dalam pengurusan aset warisan negara.   Persidangan ini diadakan seiring dengan sambutan Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan World Tourism Day 2025.   📸🖌️ Majlis bandaraya Ipoh

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.