Oleh Intan Efazila Md Yusop
IPOH: Ahli jawatankuasa masjid perlu bijak dan kreatif membelanjakan wang daripada tabung masjid yang diperolehi daripada hasil sumbangan dan derma orang ramai terutama untuk manafaat ahli kariah setempat.
Yang Di Pertua (YDP) Gabungan Pegawai-Pegawai Masjid SeMalaysia, Datuk Abdul Ghani Ngah berkata wang daripada tabung masjid bukan sahaja boleh digunakan untuk pihak masjid menganjurkan aktiviti keagamaan dan program mengimarahkan masjid sahaja.
Katanya, pihak masjid boleh menggunakan wang tabung terbabit untuk membantu ahli kariah yang dilanda kesusahan atau ditimpa musibah bagi membantu meringankan beban dalam menjalani kehidupan.
" Ketika negara dilanda penularan wabak Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), didapati banyak masjid di negara ini turut membantu ahli kariah yang terkesan ketika PKP dikuatkuasakan .
" Ini adalah salah satu usaha murni dan langkah bijak oleh pihak masjid yang perihatin turun padang bagi membantu ahli kariah yang terkesan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup," katanya.
[caption id="attachment_606" align="aligncenter" width="135"]
Yang Di Pertua (YDP) Gabungan Pegawai-Pegawai Masjid SeMalaysia , Datuk Abdul Ghani Ngah[/caption]
Beliau berkata demekian ketika ditemui di Kelab Ipoh DiRaja, dekat sini.
Abdul Ghani berkata apabila pihak masjid turut sama membantu ahli kariah yang terkesan ketika PKP itu, secara tidak langsung dapat mempelbagaikan fungsi sebenar masjid dalam kehidupan masyarakat setempat.
Katanya, jadikanlah ini sebagai titik permulaan kepada pihak masjid untuk membantu ahli kariah yang memerlukan bantuan terutama ketika ahli kariah ditimpa kesusahan atau musibah.
" Jika pihak masjid dapat mempraktikkan amalan membantu ahli kariah sama ada memberi bantuan kewangan atau barangan keperluan harian, maka saya percaya kebajikan ahli kariah akan terbela.
" Saya mencadangkan dan memgesyorkan perkara ini kepada pihak masjid bukannya untuk pihak masjid mengambil alih peranan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan terbabit," katanya.
Katanya, dengan adanya peranan dan sumbangan masjid itu, sekurangnya ia sebagai bantuan awal kepada ahli kariah sebelum menerima bantuan daripada pihak yang berkenaan.
Di samping itu, jika masjid mampu menjaga dan perihatin dengan ahli kariah maka beliau percaya usaha pihak masjid untuk menarik lebih ramai terutama golongan muda mendekati masjid bakal tercapai.