LaraMag

collapse
Home / AGAMA / Manfaat ruang masjid: Tanam sayur dan ternak ikan

Manfaat ruang masjid: Tanam sayur dan ternak ikan

Dec 11, 2021  Admin Perak Kini  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Masjid amat sinonim sebagai tempat beribadat namun pelbagai aktiviti lain yang bersesuaian boleh dilakukan antaranya pertanian. Justeru, Masjid Panglima Kinta dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) membangunkan projek Urban Farming Community (UFC) bertujuan untuk memberi sayur-sayuran secara percuma kepada pengunjung masjid kedua tertua di Malaysia itu. Selain, sayur-sayuran projek penternakan ikan tilapia merah turut dilaksanakan di kawasan sama. Bendahari Masjid Panglima Kinta, Nasir Ismail berkata, projek pertanian bandar (urban farming) itu secara tidak langsung memberi manfaat kepada kariah masjid dan komuniti setempat. "Kita mempunyai satu jawatankuasa sukarela terdiri daripada kariah masjid yang dibentuk bagi merancang aktiviti untuk mengimarahkan masjid. "Sebelum ini, kita telah mewujudkan 'Rumah Kucing' yang diilhamkan daripada masjid di Turki dan projek pertanian bandar pula adalah yang kedua. “Sehubungan itu, melalui projek pertanian bandar ini, apa yang kita ada kita agihkan kerana kita bukan nak komersialkan benda ni, tetapi antara matlamatnya adalah supaya kita dapat mengeratkan silaturrahim dan meramaikan kariah bagi mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti tersebut. “Kalau sesiapa datang waktu sayur dituai, kira bernasib baiklah sebab kita akan agih-agihkan apa yang ada,” katanya. Beliau ditemui pada sidang media selepas perasmian UFC di masjid berkenaan yang disempurnakan oleh Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan di sini, pada Jumaat. [caption id="attachment_1615" align="aligncenter" width="300"] Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan (kiri) bersama Pegawai Besar Operasi PPPNP, Noorasidi Mohamed Noordin pada merasmikan projek UFC di Masjid Panglima Kinta, di sini.[/caption] [caption id="attachment_1616" align="aligncenter" width="300"] Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan bersama Pegawai Besar Operasi PPPNP, Noorasidi Mohamed Noordin serta tetamu lain pada majlis perasmian projek UFC di Masjid Panglima Kinta, di sini.[/caption] [caption id="attachment_1617" align="aligncenter" width="300"] Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan melawat projek UFC di Masjid Panglima Kinta.[/caption] [caption id="attachment_1618" align="aligncenter" width="300"] Masjid Panglima Kinta.[/caption] Sementara itu, Pegawai Besar Operasi PPPNP, Noorasidi Mohamed Noordin berkata Masjid Panglima Kinta adalah masjid kelima yang bekerjasama dengan PPPNP bagi menjalankan projek UFC. Katanya, projek itu bertujuan mendidik komuniti mengenai pertanian bandar yang tidak berasaskan konvensional. "Bagi masjid ini, kita menyediakan 80 pot sayur-sayuran dan bunga yang ditanam secara akuaponik. “Tanaman ni adalah tanaman kontan iaitu tanaman dalam jangka masa pendek, jadi kita cuba tanaman yang yang senang dan yang biasa dulu iaitu tanaman pudina dan strawberi. “Jadi selepas habis pusingan penuaian nanti masjid boleh mohon semula pada kami untuk tanaman lebih komersial, seperti sawi dan sayur-sayuran yang mudah dijaga dan dikendalikan oleh masjid," ujarnya. Beliau berkata, jika ada komuniti yang berminat untuk bekerjasama dengan PPPNP bagi projek berkenaan mereka boleh layari laman sesawang https://pppnp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.