LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Malaysia amal demokrasi, sesiapa saja boleh bertanding di Parlimen Tambun - Ahmad Faizal

Malaysia amal demokrasi, sesiapa saja boleh bertanding di Parlimen Tambun - Ahmad Faizal

Jun 05, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - "Aziz Bari ini bukan nak lawan saya seorang tapi semua orang sebab dia rasa dialah orang yang paling hebat dalam dunia. Kita mengamalkan demokrasi, jadi bukan sahaja Aziz Bari, isteri dia pun boleh bertanding sekali," kata Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Abdul Aziz Bari baru-baru ini yang mencabarnya untuk bertanding di bawah Pakatan Harapan (PH) bagi merebut kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Menurutnya, Malaysia mengamalkan demokrasi, jadi tidak timbul sebarang masalah kerana sesiapa sahaja boleh bertanding di kawasan berkenaan. "Semua kita galakkan (bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15), kalau nak bertanding, silakan, tiada masalah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di program Malaysia Sports League Daerah Kinta 2022 di X Park Sunway City di sini pada Ahad. Bagaimanapun, Ahmad Faizal menegaskan adab-adab dalam berpolitik perlu dijaga dengan baik demi kepentingan semua pihak. "Cuma yang pentingnya, kita dalam berpolitik jangan memburuk-burukkan orang dengan cara tidak baik serta jangan terlalu taksub sehingga boleh menjejaskan perpaduan dan sebagainya," ujarnya. #PerakKini #ParlimenTambun #PRU15    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.