LaraMag

collapse
Home / UMUM / Malaysia akan terus perjuang kesejahteraan rakyat Palestin - Anwar

Malaysia akan terus perjuang kesejahteraan rakyat Palestin - Anwar

Nov 28, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menerusi hantaran di Twitter berkata, beliau telah menegaskan komitmen itu ketika menerima panggilan telefon daripada pimpinan Hamas, Khaled Mesh’al, tengah malam tadi. Beliau berkata, sebelum menerima panggilan Khaled, bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Ismail Haniyeh, turut menghubunginya menerusi panggilan video. "Selain menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri ke-10, beliau turut memuji kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang memastikan proses peralihan kepimpinan negara berjalan dalam keadaan aman dan demokratik,” katanya. - BERNAMA

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.