LaraMag

collapse
Home / UMUM / Malam 60'an berjaya tarik generasi lama dan baharu, gamit nostalgia

Malam 60'an berjaya tarik generasi lama dan baharu, gamit nostalgia

Aug 26, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari MALAM 60-an yang julung kali dianjurkan di D' Gerabak Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) malam tadi menggamit nostalgia terutamanya mereka yang pernah melalui zaman itu serta memberi pendedahan kepada generasi baharu. Kehadiran pengunjung digamatkan dengan persembahan dari kumpulan Sweet 60's yang mengalunkan irama pop yeh yeh sepanjang program berlangsung. Walaupun program itu tidak cukup gah, namun sebagai permulaan ia adalah satu pencapaian yang baik memandangkan pengunjung memberi reaksi yang amat memberangsangkan. Pengunjung sama ada dari zaman 60-an atau generasi kini sama-sama mengenakan pakaian serta aksesori berkonsepkan pada tahun tersebut. Malah, pengunjung bertuah yang mengikut tema ditetapkan telah menerima hadiah istimewa dari pihak penganjur. Penganjur Program, Noorhayati Wahib atau lebih dikenali sebagai Bonda Yatie berkata beliau bersyukur kerana program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Menurutnya, penganjuran program tersebut secara tidak langsung membantu menambah pendapatan peniaga-peniaga makanan dan minuman di D'Gerabak. "Alhamdulillah, syukur kerana cuaca menyebelahi kita dan sambutan yang diberi oleh pengunjung sangat memberangsangkan. "InsyaALLAH, jika tiada aral melintang, mungkin kita menganjurkan program berkonsepkan 70-an, 80-an pula pada masa akan datang," katanya ketika ditemui malam tadi. #PerakKini #Malam60an #popyehyeh #StesenKTMB #DGerabak #RBZ    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.