LaraMag

collapse
Home / UMUM / Malam 60-an bakal imbau kegemilangan zaman pop yeh yeh

Malam 60-an bakal imbau kegemilangan zaman pop yeh yeh

Aug 24, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari PEMINAT zaman 1960-an boleh mengimbau kembali nostalgia pada Program Malam 60' an yang akan diadakan di D' Gerabak Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Ipoh bermula dari jam 8 malam esok. Pengurus D'Gerabak, Abdullah Sulaiman atau lebih mesra disapa Pak Lah berkata pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang program itu berlangsung. "Kita akan mengembalikan semula kenangan pada zaman 60-an dengan menampilkan persembahan dari kumpulan Sweet 60's yang akan menghiburkan pengunjung dengan irama pop yeh yeh pada malam itu. "Bekas pemain muzik daripada kumpulan The Zuhrah II yang pernah popular pada waktu itu. "Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual di gerai-gerai D'Gerabak di sini," katanya. Sementara itu, Penganjur Program, Noorhayati Wahib atau lebih dikenali sebagai Bonda Yatie berkata pengunjung yang hadir pada program itu digalakkan untuk mengenakan pakaian berkonsepkan tahun 60-an. "Apabila bercakap mengenai zaman 1960-an, mesti cara pemakaiannya seperti kaca mata hitam, seluar 'bell bottom' dan yang berkaitan dengannya. "Justeru, pengunjung yang mengenakan pakaian bertema tahun 60-an berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan pihak penganjur," katanya. Sehubungan itu, beliau menyeru warga Ipoh khususnya untuk sama-sama hadir memeriahkan program tersebut. #PerakKini #Malam60an #popyehyeh #StesenKTMB #DGerabak #RBZ      

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.