LaraMag

collapse
Home / UMUM / MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI POLIS KONTINJEN PERAK

MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI POLIS KONTINJEN PERAK

Nov 16, 2021  Admin Perak Kini  2 views
IPOH – Bertempat di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak telah berlangsung Majlis Meraikan Persaraan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Kontinjen Perak yang disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak.
Majlis bagi meraikan Pesara Polis dan Pegawai Awam Kontinjen Perak yang baru bersara serta penyampaian Sijil Perkhidmatan, Sijil Penghargaan dan Sijil Simpanan Premium (SSP) kepada 69 orang pesara yang hadir.
Turut hadir YDH DCP Dato' Pahlawan Azizi bin Mat Aris, Timbalan Ketua Polis Perak, YDH SAC Dato' Pahlawan Anuar bin Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak, YDH SAC Shazeli bin Dato' Kahar, Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, YDH SAC Hj. Noorzainy bin Hj. Mohd Noor, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Perak, YDH ACP Noraziah binti Zakaria, Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Perak, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan Pesara Polis.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.