LaraMag

collapse
Home / MASYARAKAT / MAJLIS PERASMIAN AKADEMI KEMAHIRAN BAKTI GUNUNG KELEDANG

MAJLIS PERASMIAN AKADEMI KEMAHIRAN BAKTI GUNUNG KELEDANG

Dec 20, 2025  Mohd Azizi Abdul Latif  2 views
IPOH - Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) secara rasminya telah melancarkan pembukaan Akademi Kemahiran Bakti Gunung Keledang bertempat di Medan Gopeng pada hari ini.   Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suadi Abdul Rahim.   Turut mengiringi, Presiden KBGK, Clr Muhammad Hamzah Dato' Md Hamdan, Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak ( PASAK ), Fikri Junid, ahli-ahli KBGK serta para peserta program.   Hamzah Hamdan berkata, tujuan utama akademi ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti golongan B40, miskin bandar, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) untuk menambahkan pendapatan.   " Disini program yang ditawarkan keseluruhannya adalah dalam bidang kulinari khususnya program memasak, bakeri dan juga barista.   " Kami juga turut berkolaborasi bersama Akademi Haaza 'Centre of Excellence' yang berpengalaman didalam bidang kulinari sekiranya peserta ingin melanjutkan pelajaran untuk peringkat yang lebih tinggi", ujar beliau.   Fikri Junid turut menambah, PASAK sentiasa memberi sokongan terutamanya latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui khidmat nasihat serta latihan.   " Saya berbangga apabila KBGK berjaya menubuhkan akademi kemahiran untuk golongan bersasar dan berharap para peserta memberikan komitmen yang tinggi didalam program yang telah diberikan.   "Bidang kemahiran bukan sahaja khusus untuk golongan belia kerana ianya tidak mengira usia selagi mana mereka ingin meningkatkan kemahiran", ujar beliau kepada Perak Kini.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.