LaraMag

collapse
Home / UMUM / MAJLIS MAKAN MALAM DAN SUMBANGAN DERMA KEPADA MANJUNG PALLIATIVE CARE SOCIETY (MPCS)

MAJLIS MAKAN MALAM DAN SUMBANGAN DERMA KEPADA MANJUNG PALLIATIVE CARE SOCIETY (MPCS)

May 01, 2024  Ramli Ahmad Rozali  2 views
SETIAWAN - Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham hadir merasmikan majlis makan malam dan sumbangan derma kepada Pertubuhan Rawatan Palliatif Manjung(MPCS) bertempat di Restoran Bei King , Setiawan dengan dihadiri 1000 tetamu jemputan.   Pada majlis tersebut Dato' Ngeh Koo Ham turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM50 ribu dan disusuli oleh Syarikat Kar Sin Berhad berjumlah RM100 ribu serta dermawan yang turut menyampaikan sumbangan derma kepada MPCS.   Objektif utama MPCS ditubuhkan adalah untuk mengurangkan serta mengubati simptom yang terhasil akibat kanser. Selain itu perkhidmatan khidmat nasihat, pinjaman peralatan perubatan kepada pesakit kanser turut disediakan untuk ahli berdaftar.   MPCS menawarkan perkhidmatan percuma lebih daripada 600 pesakit kanser sekitar daerah Manjung oleh pasukan pakar perubatan sepanjang 8 tahun ia ditubuhkan.   MPCS juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk bersama-sama menyokong pertubuhan ini.   Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi di email mpcs 280116@gmail.com


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.