LaraMag

collapse
Home / UMUM / Lori sardin terbalik, lebuh raya sesak 8 km

Lori sardin terbalik, lebuh raya sesak 8 km

Aug 03, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Laluan di Kilometer 265.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran terowong sesak kira-kira lapan kilometer (km) apabila sebuah lori membawa muatan tin sardin terbalik di kawasan itu tengah hari tadi. Plustrafik menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan setakat jam 4.33 petang tadi semua lorong masih terhalang dan trafik sesak sejauh lapan km. Ciapan terdahulu turut memberitahu bahawa laluan bermula KM267.0 hingga KM 265.1 arah utara diaktifkan dan kerja-kerja pembersihan kemalangan sedang dijalankan. Susulan kejadian itu, laluan di jalan tersebut ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar sementara kerja-kerja pengalihan dilakukan. Terdahulu, tular di media sosial beberapa video dan gambar menunjukkan situasi lori terbalik dengan tin sardin bergelimpangan di atas jalan raya akibat insiden berkenaan. #PerakKini #PLUS #lorisardin #terbalik #KualaKangsar  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.