LaraMag

collapse
Home / UMUM / Lori sampah compactor dijangka bantu selesai 97.5 peratus isu kutipan sampah di Ipoh - Datuk Bandar

Lori sampah compactor dijangka bantu selesai 97.5 peratus isu kutipan sampah di Ipoh - Datuk Bandar

Jul 21, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kira-kira 97 peratus masalah kutipan sampah dijangka dapat diselesaikan sejak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membeli empat lori sampah compactor yang mula beroperasi pada awal bulan ini. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata setakat ini hanya dua lori sampah compactor yang sudah beroperasi manakala bakinya dijangka akan diterima dalam masa terdekat. [caption id="attachment_2541" align="aligncenter" width="300"] Lori sampah compactor yang digunakan MBI.[/caption] Menurutnya, buat masa ini kutipan sampah berjalan lancar dan jangkaan penyelesaian (kutipan sampah) boleh mencapai sehingga 97.5 peratus. "Bagaimanapun, masih ada 2.5 peratus kawasan yang ada masalah (kutipan sampah), kita kena ingat di Ipoh untuk komersil dan kediaman ada lebih kurang 230,000 pegangan," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer daripada Theta Edge Berhad dengan Kerjasama MBI kepada Pusat Komuniti, di Dewan Azlan Shah, Bangunan MBI di sini pada Khamis. Sebanyak 30 buah komputer sumbangan Theta Edge Berhad diserahkan kepada enam pusat komuniti di sekitar bandar raya ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Theta Edge Berhad, Nuraslina Zainal Abidin, Pengarah Negeri Tabung Haji Perak, Mohamad Abas dan Ahli-Ahli Majlis MBI. Menyentuh itu rungutan orang ramai berhubung masalah kutipan sampah, Rumaizi berkata pihaknya sedaya upaya bagi mengurangkan isu tersebut. "Saya tak kata kita dapat hapuskannya (rungutan) tetapi dengan pembelian (lori sampah) ini kita mampu kurangkan isu lambat kutipan sampah. "Masalah utama kita bukan peralatan semata-mata tetapi lebih kepada kekurangan pekerja dalam sektor pembersihan," jelasnya. Katanya, isu kekurangan pekerja pembersihan berlaku apabila masih ramai tidak berminat untuk bekerja dalam sektor itu, walaupun gaji yang ditawarkan agak berbaloi. "Setakat ini, gaji asas yang diberikan difahamkan RM1,700 kerana sekarang gaji minimum RM1,500. "Namun perkara ini bukan sekadar berkaitan gaji tetapi imej pekerjaan itu, mungkin mentaliti anak tempatan yang belum terbuka untuk bekerja dalam sektor ini. "Tambahan, persaingan daripada pekerjaan seperti kerja kilang, Grab, jadi ramai yang memilih kerja lain," katanya. #PerakKini #lorisampah #kutipansampah #meningkat #Ipoh

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.