LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Lelaki maut kena renjatan elektrik di kilang lama dekat Bidor

Lelaki maut kena renjatan elektrik di kilang lama dekat Bidor

May 29, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan kilang lama yang sudah tidak beroperasi di Kampung Coldstream, Bidor dekat sini pagi Isnin. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut lebih kurang jam 11.30 pagi. Menurutnya, bagaimanapun identiti mangsa lelaki berusia sekitar 40 tahun itu tidak dapat dikenal pasti memandangkan tiada pengenalan diri ditemui padanya. "Ketika pasukan bomba di lokasi, seorang mangsa lelaki didapati terkena renjatan elektrik. "Pemeriksaan mendapati masih ada arus elektrik di kawasan mangsa dan kami memohon bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. #PerakKini #JBPM #PDRM #renjatan #elektrik #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.