LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Lelaki kantoi guna 'Mercedes Benz' seludup minyak petrol

Lelaki kantoi guna 'Mercedes Benz' seludup minyak petrol

Aug 04, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari PENGKALAN HULU - Seorang lelaki yang memandu kereta mewah jenis Mercedes Benz kantoi selepas dikesan terbabit dalam kegiatan penyeludupan minyak petrol di sebuah stesen minyak di Pengkalan Hulu, di sini pada Khamis. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata lelaki tempatan berusia 55 tahun ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) apabila mereka mendapati kenderaan itu berada dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10 pagi. Menurutnya, lelaki terbabit dibawa ke Kem Batalion 18, Briged Utara PGA Jalan Baling, dekat sini selepas hasil pemeriksaan ke atas Mercedes Benz itu menemukan tangki tambahan atau tangki yang telah diubahsuai di bahagian belakang bonet. "Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Gerik melaksanakan tindakan sitaan barangan dan menahan suspek untuk siasatan lanjut. "Antara barang-barang yang disita adalah sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang diubahsuai tangki asal, minyak petrol dianggarkan 68 liter, resit pembelian petrol dan dokumen lain yang berkaitan. "Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM13,839.40," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang digunakan disyaki diubah suai tangki asal muatan bahan api petrol bagi membolehkannya diisi dalam kuantiti yang banyak iaitu sekali pembelian sebanyak 60 hingga 70 liter pada satu masa. Menurutnya, kemudian pemandu itu akan berulang-ulang setiap hari membawa dan menjual barang kawalan ini ke negara jiran. katanya pada Jumaat. “Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya. #PerakKini #KPDN #seludup #minyak #petrol #RBZ    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.