LaraMag

collapse
Home / UMUM / Lega tiga anak akhirnya bakal terima sijil kelahiran, kad pengenalan

Lega tiga anak akhirnya bakal terima sijil kelahiran, kad pengenalan

Jul 03, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
KAMPAR - Ibu kepada empat orang anak meluahkan rasa bimbang mengenangkan masa depan yang bakal dihadapi tiga anaknya jika tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Bagaimanapun, kebimbangan itu bakal berakhir selepas anak-anaknya berusia 22, 21 dan 9 tahun bakal mendapat sijil kelahiran dan kad pengenalan dalam masa terdekat. Mashitah Kamarulzaman, 39, berkata dia dan suami, Hariandi Dimun, 40, mengakui kesilapan berpunca daripada mereka sehingga menyebabkan anak-anak tidak memperoleh dokumen pengenalan diri. [caption id="attachment_6542" align="aligncenter" width="300"]                Mashitah Kamarulzaman[/caption] Menurutnya, pelbagai faktor menjurus kepada penangguhan untuk membuat dokumen pengenalan diri anak-anaknya antaranya termasuklah dirinya dan suami yang mempunyai masalah buta huruf, tiada pengangkutan serta kekangan kewangan. "Memang saya akui salah kami, bukan kami tidak pernah usaha, ada juga minta tolong orang untuk bawa ke pejabat pendaftaran tapi saya faham orang lain pun sibuk, jadi saya senyap sahajalah," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Tebing Tinggi, di sini pada Isnin. Katanya, selain anak bongsu lelakinya yang tidak dapat bersekolah anak sulung dan keduanya sukar untuk mendapat pekerjaan akibat tiada dokumen pengenalan diri. "Hanya seorang sahaja anak saya yang bersekolah dan kini belajar di tingkatan satu kerana dia memiliki dokumen kelahiran dan pengenalan diri. "Namun, dia sudah hampir sebulan tidak ke sekolah kerana malu sering diejek miskin, bodoh dan tidak berguna," katanya. Dia juga tidak mahu anak bongsunya mengalami nasib yang sama seperti anak sulung dan keduanya yang tidak bersekolah serta berharap anaknya itu dapat bersekolah supaya masa depannya lebih terjamin. Mashitah berkata, dia juga menjaga ibunya, Maimunah Arif, 61, yang menghidap penyakit kanser ovari tahap tiga. [caption id="attachment_6545" align="aligncenter" width="300"] Mohd Azlan (kanan) ketika melawat Maimunah Arif, 61, ibu kepada Mashitah yang sakit terlantar akibat kanser ovari tahap tiga di Kampung Tebing Tinggi, Malim Nawar pada Isnin.[/caption] Sementara itu, Exco Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Mohd Azlan Helmi Helmi berkata masalah yang dihadapi kanak-kanak terbabit akan diselesaikan dalam masa terdekat. Menurutnya, Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kampar dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berusaha membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera. Katanya, setakat ini segala proses dokumentasi sedang dilengkapkan dan akan dihantar ke JPN bagi mendapatkan sijil kelahiran serta kad pengenalan. "Alhamdulillah berita baik untuk anak-anak ini. Kita akan selesaikan masalah-masalah mereka. "Seorang daripada anak yang tidak mempunyai sijil kelahiran dokumennya akan dilengkapkan segera dan kita dalam proses mendapatkannya dengan kadar segera," katanya ketika melawat keluarga terbabit pada Isnin. Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Azlan berkata pihaknya juga akan membantu supaya kanak-kanak itu memasuki persekolahan supaya tidak berlaku keciciran dalam pelajaran. "Pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan mendapatkan bantuan bulanan untuk ibunya (ibu Mashitah) yang menghidap kanser ovari tahap tiga. "Bantuan itu akan dilakukan segera dan mengikut piawaian ataupun mengikut penilaian ditetapkan. "Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua agensi terlibat termasuk ketua kampung dan pihak polis bagi menyelesaikan segala isu yang berbangkit," jelasnya. #PerakKini #JKM #JPN #PPD #Kampar #MalimNawar #kadpengenalan #sijilkelahiran #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.