Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Lebih 3,700 ekor babi dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di tiga ladang penternakan haiwan itu di Perak namun masih berada dalam keadaan terkawal.
Exco Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Perak, Razman Zakaria berkata ladang terbabit adalah di Daerah Hilir Perak yang dikesan pada 27 Mac lalu manakala dua lagi di Daerah Batang Padang pada 4 April lalu.
"Susulan daripada penularan penyakit ini, notis kuarantin di bawah Seksyen 18 (2) Akta Binatang 1983 (Semakan 2006) (Akta 647) telah dikeluarkan kepada pemilik ladang khinzir yang disahkan positif untuk tidak memindahkan ternakan khinzir keluar masuk daripada ladang terjangkit.
"Selain itu, enam ladang yang berada dalam jarak lima kilometer radius daripada kawasan wabak ladang yang disahkan positif turut dikuarantin untuk pemeriksaan lanjut dan persampelan.
"Semua khinzir positif juga diambil tindakan pelupusan segera untuk mengawal rebakan dan sehingga kini 990 ekor khinzir telah dilupuskan daripada ladang-ladang terlibat," katanya.
Beliau ditemui pada sidang media mengenai wabak ASF di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Razman berkata bagi memastikan penguatkuasaan lebih ketat dapat dijalankan, Perintah Kawalan Dijangkiti Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit ASF negeri Perak telah diwartakan pada 4 April lalu.
[caption id="attachment_1801" align="aligncenter" width="300"]
Exco Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Perak, Razman Zakaria (kanan) bersama pada Pengarah JPVN Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Rabu.[/caption]
"Penyakit ASF adalah Penyakit Wajib Lapor yang diwartakan di bawah Seksyen 31 Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) (Akta 647). Setiap pemilik atau orang yang bertanggungjawab ke atas haiwan atau ternakannya yang telah dijangkiti atau disyaki berpenyakit wajib segera melaporkannya kepada Pihak Berkuasa Veterinar.
"Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000.
"Oleh itu, penternak dan orang awam diminta melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung ataupun babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah ataupun Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPVN) Perak yang berdekatan atau menerusi talian 05-5459111 (Bilik Gerakan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak)," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah JPVN Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan berkata kes itu tidak akan menjejaskan bekalan daging babi di Perak.
Katanya, di Perak terdapat 95 ladang ternakan babi dan setakat ini hanya tiga ladang terjejas.
Menurutnya, tiga ladang itu menyumbang kurang satu peratus daripada jumlah bekalan daging babi.
Tambahnya, baki babi yang dijangkiti akan dilupuskan setiap hari sehingga selesai.
Sebelum ini media melaporkan, Negeri Sembilan mencatatkan kes wabak ASF selepas apabila ia sah berlaku di Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Lukut, Port Dickson.
Dua kes positif itu disahkan telah menjangkiti babi di sebuah ladang yang tidak berlesen dan dipercayai dibawa dari Perak.
#PerakKini #babi #wabak #ASF #Perak