LaraMag

collapse
Home / UMUM / Lebih 250 usahawan cilik tunjuk bakat berniaga di Bazar Junior Perak

Lebih 250 usahawan cilik tunjuk bakat berniaga di Bazar Junior Perak

Jun 18, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Junior Chamber International (JCI) Kinta berkolaborasi dengan kerajaan negeri menganjurkan Bazar Junior Perak yang disertai lebih 250 usahawan cilik yang berusia antara enam hingga 12 tahun. Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Salbiah Mohamad program ini turut mendapat tajaan daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri antaranya Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Yayasan Bina Upaya serta pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta. Menurutnya, sebanyak 60 reruai mengambil bahagian dengan menjual makanan, minuman dan pelbagai barangan lain yang bersesuaian. "Melalui program ini kita nak terapkan asas keusahawan kepada kanak-kanak dari peringkat awal. "Kita bentuk semangat itu daripada kanak-kanak dengan memberi pendedahan dari segi aspek pemasaran produk, bimbingan keusahawanan dan kewangan serta pelbagai pengisian program sampingan sempena bazar pada tahun ini," katanya kepada media di Meow Garden, malam tadi. Sementara itu, Presiden JCI Kinta, Tan Teck Yin berkata 10 peratus daripada keuntungan hasil jualan bazar ini akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan. #PerakKini #BazarJuniorPerak #JCIKinta #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.