LaraMag

collapse
Home / UMUM / Lebih 10,000 banjiri Bulatan Sultan Azlan Shah meriahkan Ambang Merdeka

Lebih 10,000 banjiri Bulatan Sultan Azlan Shah meriahkan Ambang Merdeka

Aug 31, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH – Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Bulatan Sultan Azlan Shah seawal jam 6 petang bagi menyaksikan Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2023, di sini malam tadi. Pelbagai acara menarik disajikan kepada pengunjung antaranya persembahan muzikal puisi Keranamu Malaysia yang diadaptasi dari puisi 'Rumah Ini Rumah Kita', persembahan tarian perang Batalion Ke-3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dan persembahan tarian zapin abang adik oleh Sekolah Seni Malaysia Perak. Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, bersama isteri, Datin Seri Aezer Zubin serta barisan exco kerajaan negeri turut hadir untuk meraikannya bersama penduduk di negeri Perak. Pada jam 11.35 malam, Saarani menyampaikan ucapan sebelum beliau menyerahkan Jalur Gemilang diserahkan kepada penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk dikibarkan. Semasa menghampiri detik 12 malam, kiraan ‘countdown’ dilakukan sebelum diteruskan dengan laungan ‘Merdeka’ oleh sebelum lagu Negaraku dan Jalur Gemilang dinyanyikan beramai-ramai diikuti dengan pertunjukan bunga api. #PerakKini #AmbangMerdeka2023 #BulatanSultanAzlanShah #Ipoh #Perak    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.