LaraMag

collapse
Home / PENDIDIKAN / LAWATAN KERJA DELEGASI MAJLIS BANDARAYA IPOH KE GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE

LAWATAN KERJA DELEGASI MAJLIS BANDARAYA IPOH KE GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE

Sep 30, 2025  Mohd Azizi Abdul Latif  2 views
SELANGOR – Satu lawatan kerja rasmi oleh delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ke German-Malaysian Institute (GMI), Selangor telah diadakan bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta teknologi masa hadapan.   Delegasi MBI yang diketuai oleh Clr Muhammad Hamzah Md Hamdan mewakili Datuk Bandar Ipoh bersama Ahli Majlis MBI, Clr Faidz Ismail disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Solihin Yusoff di Kompleks Teknologi 3 (KT3).   Lawatan dimulakan dengan tinjauan ke beberapa jabatan utama antaranya Jabatan Komputer dan Maklumat (CID), Pusat Cyber Battlefield, Mini Cinema dan Makmal Rekaan 2D, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (EED) Festo Lab, Makmal EV dan Hibrid serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (MED) Additiv Zentrum.   Seterusnya, delegasi menghadiri sesi taklimat dan ucapan aluan oleh Ketua Seksyen Perancangan Strategik GMI, Dr Nurhafiza Kamaruddin yang turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak berbincang mengenai potensi kerjasama strategik terutama dalam memperkukuh penyertaan pelajar dari negeri Perak ke GMI.   GMI, yang ditubuhkan pada tahun 1991 adalah kerjasama diantara Malaysia-Jerman, merupakan institusi perintis dalam bidang Sains Gunaan dengan pelaburan lebih RM1 bilion dalam kemudahan latihan bertaraf dunia.   Antara bidang kepakaran GMI termasuk Automasi dan Robotik Industri serta Teknologi Pemesinan Ketepatan dan CNC, yang menjadi nadi kepada pembangunan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan industri global.   Majlis Bandaraya Ipoh melihat lawatan ini sebagai langkah positif dalam menjalin kerjasama pendidikan dan pembangunan modal insan, khususnya dalam bidang TVET, seiring aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi.   Lawatan ini juga berketetapan dengan hasrat Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad bagi menjayakan agenda Perak Sejahtera 2030 yang menekankan pembangunan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) sebagai teras melahirkan modal insan berkualiti serta tenaga kerja mahir bagi menjana pertumbuhan ekonomi negeri Perak.  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.