LaraMag

collapse
Home / UMUM / Lafaz taklik cerai isteri tak boleh ditarik balik jika Anwar masih PM

Lafaz taklik cerai isteri tak boleh ditarik balik jika Anwar masih PM

Sep 01, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ungkapan itu bersesuaian dengan tindakan seorang lelaki yang memaklumkan dia bertaklik menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan tidak bertukar pada Ogos. Isu yang tular sejak Februari lalu kini menjadi tanda tanya sama talak dilafazkannya itu jatuh atau sebaliknya memandangkan bulan Ogos sudah berakhir semalam. Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar tampil memberi penjelasan menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat. Menurutnya, dari sudut hukum, lafaz taklik yang diucapkan individu berkenaan tidak boleh ditarik balik. Katanya, perkara tersebut amat tidak bertanggungjawab kerana isteri tidak boleh dijadikan objek pertukaran atau penyebab kepada sesuatu taklik. "Isteri perlu dinilai, dinaikkan martabat. Islam menaikkan taraf seorang isteri dan wanita. "Jadi, dalam konteks tersebut sama ada jatuh talak ataupun tidak, di bawah peruntukan undang-undang jelas menunjukkan bahawa mana-mana permohonan untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah kerana ia diperuntukkan dalam enakmen semua negeri," katanya. Beliau berkata, hanya hakim syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak. "Jadi, saya nasihatkan yang pertama seorang suami perlu bertanggungjawab bila mana melafazkan taklik jangan libatkan maruah seorang isteri. "Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga. "Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin," jelasnya #PerakKini #JAKIM #MenteriAgama #lafaztaklik #tular #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.