LaraMag

collapse
Home / UMUM / Kerajaan negeri batal pembekuan Lesen Barang-Barang Lusuh - Exco

Kerajaan negeri batal pembekuan Lesen Barang-Barang Lusuh - Exco

Jul 02, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Peniaga barangan terpakai sedia ada di negeri ini boleh menarik nafas lega selepas kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan pembekuan Lesen Barang-Barang Lusuh. Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak, A Sivanesan berkata sebelum ini lesen tersebut dibekukan kerana terdapat laporan berhubung kes peniaga menjual barangan curi. Menurutnya, berikutan itu pihak berkuasa tempatan (PBT) terpaksa membuat keputusan untuk membekukan pengeluaran lesen berkenaan. "Pada 2013, menurut PDRM (Polis Diraja Malaysia), mereka terima aduan seluruh Malaysia berhubung peniaga barang terpakai membeli barang curi untuk dijual. "Sehubungan itu, PDRM menasihat kerajaan negeri untuk membekukan lesen perniagaan yang dikeluarkan PBT," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peniaga Barang Terpakai Ke-7 serta Kempen Minda Sihat Menderma Darah dan Organ di sebuah restoran di sini pada Ahad. #PerakKini #LesenBarangLusuh #PBT #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.