LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Keputusan mahkamah bersihkan Ahmad Zahid daripada percaturan pendakwaan politik - UMNO Perak

Keputusan mahkamah bersihkan Ahmad Zahid daripada percaturan pendakwaan politik - UMNO Perak

Sep 04, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - UMNO Perak menggambarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah natijah besar atas segala ujian getir dihadapinya selama lebih lima tahun dalam berjuang membersihkan dirinya daripada percaturan pendakwaan politik yang sengaja dikenakan ke atas beliau. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata keputusan mahkamah itu sewajarnya memberi pengajaran kepada semua pihak betapa insitusi kehakiman yang selama ini menjadi tunjang sistem keadilan dan keamanan mesti sentiasa dipertahankan daripada menjadi perkakas politik "Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menzahirkan kesyukuran atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini yang melepaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. "Mengambil kira 11 alasan menghentikan pendakwaan ke atas semua pertuduhan tersebut, sudah tiba masanya kredibiliti institusi perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kembali dijernihkan setelah terdedahnya satu persatu eleman campur tangan bermotif politik dalam kes berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Sehubungan itu, Saarani berkata UMNO Perak berpendirian bahawa Kerajaan Perpaduan perlu menjadi teladan dengan memberi kebebasan sepenuhnya kepada institusi perundangan dalam menegakkan keadilan agar episod hitam pendakwaan politik tidak lagi berulang. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya. Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini. #PerakKini #UMNO #Perak #AhmadZahidHamidi #lepas #rasuah #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.