LaraMag

collapse
Home / UMUM / Kenyataan tular PM setuju Pemuda Pas tunjuk perasaan di Kedutaan Sweden adalah palsu - JPM

Kenyataan tular PM setuju Pemuda Pas tunjuk perasaan di Kedutaan Sweden adalah palsu - JPM

Jan 26, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan laporan sebuah portal berita yang memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan demonstrasi yang akan dilakukan Pemuda Pas di Kedutaan Sweden esok. JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, maklumat yang disampaikan menerusi laporan berita bertajuk "PM Anwar setuju demo Pemuda Pas di Kedutaan Sweeden esok lepas solat Jumaat" itu adalah palsu. "Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi," menurut hantaran itu. Semakan Bernama mendapati laporan itu telah dikeluarkan daripada portal berkenaan. - BERNAMA 

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.