10 Jun 2024,SIMPANG PULAI- Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, Clr Muhammad Hamzah Dato Hamdan hadir bersama rombongan melawat ke Kampung Orang Asli Lalang, Simpang Pulai pada hari ini.
Turut mengiringi beliau adalah Setiausaha Kehormat Kelab Bakti Gunung Keledang(KBGK), Nur Ali Nordin, Tok Batin Kampung Lalang, Uda anak lelaki Osman, Tenaga Pengajar KBGK, Ustaz Muhammad Asrul Harun, Imam Surau Kampung Lalang, Muhammad Syah Rihan Diselam serta penduduk kampung.
Menurut Clr Hamzah Hamdan, "Kampung Lalang adalah kampung angkat KBGK sejak tahun 2010 bermula daripada Mantan Presiden, Datuk Dr Zakaria dan masih diteruskan sehingga kini. Matlamat utama KBGK adalah membantu anak-anak orang asli melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi terutama didalam pendidikan Islam demi melestarikan Perak Sejahtera 2030 seiring menuju Perak makmur, rakyat sejahtera".
Tok Batin Kampung Lalang, Uda anak lelaki Osman, 52 tahun berkata, "Saya amat berterima kasih kepada Presiden KBGK kerana sudi menyumbang 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing untuk Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang tiba. Biarpun saya bukan Islam tetapi majoriti penduduk disini lebih 90% beragama Islam".
Tenaga pengajar KBGK, Ustaz Mohamad Asrul Harun pula berkata, "Sepanjang saya berkhidmat disini hampir 14 tahun pelbagai cabaran perlu ditempuhi demi menyebarkan syiar Islam dan hampir 90% penduduk disini memeluk agama Islam. Saya juga bersyukur pelajar saya seperti Ustazah Sabariah binti Kuah serta Imam Muhammad Syah Rihan bin Diselam sudi menabur bakti kepada penduduk kampung halaman mereka sendiri", ujar beliau kepada pemberita.
Disediakan oleh Azizi Latif

