LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Kedai emas dirompak 3 lelaki, rugi RM1 juta

Kedai emas dirompak 3 lelaki, rugi RM1 juta

Jul 26, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Polis giat memburu tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kedai emas di Tanjung Rambutan dekat sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pemilik kedai emas terbabit kira-kira jam 10.30 pagi. "Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada jam awal pagi tadi antara jam 1 hingga 3 pagi. "Ketiga-tiga suspek terbabit bertindak memecah masuk ke dalam kedai emas tersebut melalui pintu belakang dan melarikan barang kemas anggaran berat tiga kilogram (kg) dengan nilai pasaran lebih kurang RM1,000,000," katanya dalam satu kenyataan malam ini. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790 508. #PerakKini #PDRM #rompak #kedaiemas #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.