Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Prihatin dengan nasib yang menimpa golongan memerlukan, Pemuda UMNO Bahagian Tambun tampil menyampaikan sumbangan pada program Kasih Ride yang diadakan di sekitar Gugusan Manjoi, di sini, pagi tadi.
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal mengetuai konvoi bermotosikal tersebut membabitkan 43 peserta yang singgah di tiga lokasi iaitu Kampung Tengku Hussein Baru, Seberang Sungai Tapah dan Kampung Manjoi.
Menurutnya, pihaknya menyerahkan sumbangan berbentuk makanan asas dan wang tunai kepada 25 penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan ahli pemuda yang ditimpa kesusahan.
[caption id="attachment_2745" align="aligncenter" width="224"]
Akmal Zharif menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan pada program Kasih Ride yang diadakan pagi tadi.[/caption]
"Selain menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, program seperti ini juga secara tidak langsung dapat mendekatkan Pemuda UMNO Bahagian Tambun dengan masyarakat.
"Kita akan mengadakan program seperti ini dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan tidak terpinggir dan terbela," katanya pada Ahad.
Turut bersama-sama hadir pada program tersebut adalah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan berkenaan iaitu Firdaus Zakaria, Zakaria Mohamed, Hasanuddin Jiran dan Azlan Rahim
#PerakKini #PemudaUMNO #prihatin #sumbangan #GugusanManjoi