LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Kanak-kanak 7 tahun mangsa dera, rogol dijumpai di tepi jalan

Kanak-kanak 7 tahun mangsa dera, rogol dijumpai di tepi jalan

Apr 18, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari MANJUNG - Dua lelaki dan seorang wanita ditahan selepas dipercayai terbabit merogol dan mendera kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. Ketiga-tiga suspek yang ditahan adalah ibu kandung dan dua bapa tiri mangsa. Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata penahanan ketiga-tiga suspek itu dilakukan susulan penemuan mangsa oleh seorang lelaki di tepi jalan Batu 7 Segari, di sini. Menurutnya, mangsa yang ketika itu seorang diri dibawa lelaki berkenaan ke balai polis di daerah ini kira-kira jam 11.50 pagi semalam. "Kanak-kanak perempuan berumur lebih kurang tujuh tahun yang dijumpai di tepi jalan itu berada dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai. "Mangsa dihantar ke Hospital Manjung untuk menerima rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan yang dilakukan petugas perubatan mendapati mangsa dipercayai telah dirogol dan didera serta terdapat kesan kecederaan lama dan baru," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Selasa. Dalam perkembangan sama, Boo Khim berkata sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menahan ketiga-tiga suspek di perkarangan balai polis kerja disyaki terbabit dalam kes ini. "Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau dan direman mulai hari ini sehingga 23 April untuk siasatan lanjut. "Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," jelasnya. #PerakKini #dera #rogol #Manjung #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.