SITIAWAN: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut meminta Kerajaan Negeri Perak campur tangan dan mengkaji semula cadangan Jabatan Perikanan negeri untuk melaksanakan projek Kebun Kerang Lekir di sekitar perairan Sungai Tiram, Lekir dekat sini.
Ketuanya, Mohd Rafiq Mohd berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan nasib lebih 200 nelayan tradisi yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat mencari rezeki sejak puluhan tahun lalu bakal terjejas punca pendapatan mereka.
“Kami bukannya membantah secara membuta tuli sebarang projek pembangunan yang dibawa kerajaan ke sini jika ianya ternyata memberi manfaat kepada penduduk setempat.
“Apa yang kami kesalkan, projek itu lebih mendatangkan keburukan dan menguntungkan beberapa pihak yang tidak sepatutnya,” katanya selepas mengadakan bantahan secara aman bersama lebih 40 nelayan di Jeti Perikanan di Parit Haji Dolah, Kampung Sungai Tiram, Lekir, hari ini.
Menurutnya, pihak kerajaan perlu mengkaji semula projek itu memandangkan ianya dilihat dimonopoli oleh orang luar termasuk di kalangan mereka yang bukannya nelayan tulen.
Katanya, tapak projek tersebut merupakan kawasan semula jadi hidupan kerang yang mendatangkan pendapatan kepada nelayan pada setiap kali musim benih kerang.
“Jika projek itu diteruskan juga, nelayan setempat tidak lagi dibenarkan mengutip benih kerang selain tidak boleh melabuhkan pukat menangkap ikan di situ.
“Nelayan juga terpaksa menanggung kerugian selepas pukat mereka rosak akibat tersangkut pancang penanda atau batu sauh projek itu sekali gus menjejaskan pendapatan seharian mereka,” katanya.
Sementara itu, seorang nelayan, Zulkifli Hashim berkata, beberapa minggu lalu mereka telah mengadakan bantahan namun, apa yang dikesalkan projek itu tetap diteruskan juga pihak kerajaan.
“Kemana lagi kami yang rata-rata berpendapatan rendah ingin mengadu dan berharap Kerajaan Negeri supaya membatal dan mengkaji semula projek tersebut,” katanya.
Difahamkan, kawasan seluas 330 hektar akan dibangunkan menerusi fasa pertama berikutan kajian oseanografi mendapati perairan Lekir di situ sesuai untuk penternakan kerang kerana mempunyai dua sumber pembiakan benih kerang secara aruhan.