LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Kabinet dibentuk segera selepas ambil pandangan semua parti kerajaan - PM

Kabinet dibentuk segera selepas ambil pandangan semua parti kerajaan - PM

Nov 28, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
PETALING JAYA - Pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan. "Seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa, kerajaan perpaduan ini membabitkan lapan parti. "Kalau dulu (kerajaan terdahulu) masuk (lantik) 50, 60 (ahli Kabinet) okay saja…tak cukup lagi, (lantik pula) duta dan penasihat khas. Saya tidak sanggup buat begitu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini. - BERNAMA

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.