LaraMag

collapse
Home / SUKAN / JARINGAN AKIMULLAH MENJADI WIRA SPEEDY TIGERS TUMPASKAN KOREA SELATAN 1-0

JARINGAN AKIMULLAH MENJADI WIRA SPEEDY TIGERS TUMPASKAN KOREA SELATAN 1-0

May 11, 2024  Ramli Ahmad Rozali  2 views
IPOH - Pasukan hoki lelaki negara mengesahkan penentuan tempat ke tiga dan ke empat selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 di Stadium Azlan Shah malam tadi.   Hampir 5000 penyokong hadir memenuhi Stadium Azlan Shah untuk menyaksikan perlawanan pusingan ke lima ini.   Beberapa percubaan dilakukan ke gawang Korea Selatan akhirnya Akimullah Anuar Esook berjaya merobek pintu gol yang dikawal oleh Kim Jae Hyoon pada minit ke-7.   Walaupun pasukan Malaysia memiliki tujuh pukulan sudut penalti keseluruhannya namun masih berdepan kesukaran untuk menterjemah peluang itu dalam bentuk jaringan.   Keputusan malam ini menyaksikan Speedy Tigers mencatat tiga kemenangan daripada lima perlawanan pusingan round robin Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-30. Disediakan oleh Azizi Latif

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.