Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Beberapa jalan akan ditutup serta lencongan jalan dilaksanakan di sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah (Bulatan Amanjaya), Meru Raya, esok, bermula jam 8 malam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Polis Yahaya Hassan berkata, ia dilakukan untuk memberi laluan kepada penganjuran program Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2023.
Menurutnya, jalan yang terlibat adalah, Bulatan Sultan Azlan Shah, Lebuh Meru Raya, Persiaran Meru Raya 1, Persiaran Meru Raya 2, Persiaran Meru Raya 3 dan Persiaran Meru Raya 4.
“Penutupan dan lencongan jalan tersebut akan dilaksanakan mulai jam 8 malam sehingga selesai," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak akan menghalang lalu lintas.
"Cadangan parkir bagi pengunjung adalah di kawasan parkir Restoran Abang Sayang, sekitar Jalan Meru Bestari, sekitar jalan belakang Hotel Casuarina Meru serta lain-lain kawasan sekitar yang tidak menghalang lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan
pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sepanjang program berlangsung.
#PerakKini #KerajaanNegeriPerak #SambutanAmbangKemerdekaan #Perak #2023 #BulatanSultanAzlanShah #Meru #RBZ