LaraMag

collapse
Home / UMUM / JAKPAW galak belia, penganggur sertai Askar Wataniah

JAKPAW galak belia, penganggur sertai Askar Wataniah

Dec 15, 2021  Admin Perak Kini  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Perak mengalu-alukan orang awam terutamanya golongan belia dan penganggur mengambil peluang menyertai Askar Wataniah (AW). Penyertaan orang awam dalam AW secara tidak langsung dapat memberi nilai tambah pada diri masing-masing selain itu membantu angkatan tetap mempertahankan negara pada waktu darurat atau perang serta dalam operasi keselamatan dalam negeri. Ahli JAKPAW, Mejar Kehormat (K) Zairi Osman berkata JAKPAW adalah jawatankuasa di peringkat negeri yang boleh diibaratkan sebagai 'duta' bagi mempromosikan AW kepada masyarakat. "Semua orang boleh menyertai AW. Pakaian dan latihan yang dijalankan lebih kurang sama seperti anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Selain itu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika menyertai AW seperti menembak dan pengalaman itu tidak boleh dibeli di luar sana," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai Latihan Menembak JAKPAW Negeri Perak bersama Media yang diadakan di Lapang Sasar Kem Syed Putra Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Jalan Tambun, di sini, pada Rabu. Hadir sama, Komander Rejimen 503 AW, Kolonel Syed Naser Sayed Mahadi dan Timbalan Komander Rejimen 503 AW, Leftenan Kolonel Noorheezam Che Murat. Seorang lagi ahli JAKPAW, Mejar (K) Dr M R Jeyaratnam berkata setakat ini terdapat lebih 2,000 AW di Perak dan daripada jumlah itu hanya separuh yang bergiat aktif. "Kita amat menggalakkan orang ramai menyertai AW dan penyertaan dibuka kepada lelaki atau wanita yang berusia dari 18 hingga 45 tahun. "Elaun sebanyak RM8 sejam juga disediakan bagi mereka yang telah terpilih untuk menjalani latihan sebagai AW. "Setakat ini tiada had kemasukan yang ditetapkan untuk menyertai AW dan ia terbuka kepada semua bangsa," jelasnya. [caption id="attachment_1642" align="aligncenter" width="300"] Agensi media bersama tetamu jemputan bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan ahli JAKPAW Perak selepas selesai Latihan Menembak JAKPAW Negeri Perak bersama Media yang diadakan di Lapang Sasar Kem Syed Putra Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Jalan Tambun, di sini.[/caption] [caption id="attachment_1643" align="aligncenter" width="300"] Jurufoto Bernama, Abdullah Yusof beraksi sewaktu menyertai Latihan Menembak JAKPAW Negeri Perak bersama Media yang diadakan di Lapang Sasar Kem Syed Putra Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Jalan Tambun, di sini.[/caption] [caption id="attachment_1644" align="aligncenter" width="300"] Ahli JAKPAW (Dari kiri), Mejar (K) Goay Eng Kwei; Mejar Kehormat (K) Zairi Osman dan Mejar (K) Dr M R Jeyaratnam pada sidang media selepas selesai Latihan Menembak JAKPAW Negeri Perak bersama Media yang diadakan di Lapang Sasar Kem Syed Putra Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Jalan Tambun, di sini.[/caption] [caption id="attachment_1645" align="aligncenter" width="300"] Peserta menerima hamper daripada Komander Rejimen 503 AW, Kolonel Syed Naser Sayed Mahadi selepas selesai Latihan Menembak JAKPAW Negeri Perak bersama Media yang diadakan di Lapang Sasar Kem Syed Putra Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja, Jalan Tambun, di sini.[/caption] Sementara itu, Mejar (K) Goay Eng Kwei yang juga ahli JAKPAW berkata banyak manfaat yang boleh diperolehi jika menyertai AW. "Memang pada mulanya mungkin timbul kesukaran apabila baru menjalani latihan, namun lama-kelamaan perkara itu akan menjadi sesuatu yang biasa kerana ia dilakukan selalu. "Selain itu, jati diri yang baik juga dapat dibentuk jika menyertai AW. Justeru, kita menyeru agar orang ramai untuk mendaftar sebagai AW bagi bersama-sama membantu mempertahankan negara," ujarnya. Terdahulu, pelbagai agensi media terdiri daripada Bernama, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, TV3 dan Perak Kini menjalani latihan Tembakan Pull Bull dan Tembakan Berkumpulan iaitu Jatuh Piring Bermasa menggunakan senjata raifal M4. Selain agensi media, beberapa agensi kerajaan dan swasta turut bersama-sama menyertai latihan ini yang bertujuan untuk menunjukkan cara pengendalian senjata raifal M4 yang betul kepada orang awam.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.