LaraMag

collapse
Home / UMUM / JAIPk rancang masjid di Perak buat solat sunat Istisqa mohon hujan

JAIPk rancang masjid di Perak buat solat sunat Istisqa mohon hujan

May 14, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dalam perancangan untuk mengadakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan berikutan cuaca panas yang melanda beberapa kawasan di Malaysia termasuk di negeri ini. Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata satu memo akan dikeluarkan dalam masa terdekat kepada masjid di seluruh Perak untuk melaksanakan perkara tersebut. "InsyaALLAH, itu (cuaca panas) mestilah kita tengok dan kita akan buat solat sunat atau solat sunat minta hujan (Istisqa) di seluruh Perak dalam masa terdekat. "Mungkin memo tersebut akan dikeluarkan Isnin (esok) atau pada Selasa, Rabu sebelum hari Jumaat (tanpa menunggu solat Jumaat)," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Masjid Muhammadiah di Taman Tasek Jaya di sini pada Ahad. Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan kenyataan bahawa Hulu Perak, Kinta dan Manjung antara tiga daripada lima kawasan yang dikategorikan cuaca panas tahap 1 iaitu 35 hingga 37 Darjah celcius. Dua kawasan lain yang turut terlibat adalah Baling, Kedah dan Mukah, Sarawak. #PerakKini #JAIPk #solatistisqa #solatsunat #mohonhujan #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.