Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbangkan keperluan menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma (ED) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang semakin sesak.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata fasiliti berkenaan kelihatan sesak dan tidak mampu menampung ramai pesakit yang dirawat di situ sebelum dipindahkan ke wad atau Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.
"Saya melihat bahawa ED di sini agak sesak, tak cukup tempat dan memang memerlukan satu projek naik taraf yang segera.
"Jadi, saya telah maklumkan KKM akan menaik taraf dan memperluaskan ED di HRPB," katanya.
[caption id="attachment_1752" align="aligncenter" width="300"]
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (duduk dua kanan) pada sidang media di Kompleks Rawatan Harian HRPB di sini, pada Selasa.[/caption]
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Rawatan Harian HRPB di sini, pada Selasa.
Menurutnya, jika tiada halangan, projek naik taraf ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
"InsyaALLAH kalau kita dapat peruntukan untuk tahun hadapan, ini akan menjadi projek keutamaan.
"Ini bagi memastikan bahawa ED di HRPB dapat diperbesarkan dan dinaik taraf supaya waktu menunggu pesakit sebelum dihantar ke wad dan sebagainya dapat dikurangkan.
"Selain itu, mereka (pesakit) dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa sekiranya perlu menunggu sebelum dihantar ke wad dan ke ICU," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata KKM akan memantapkan fasiliti-fasiliti di blok baharu iaitu di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi hospital itu bagi meningkatkan persekitaran rawatan yang lebih selesa dan kondusif kepada orang ramai.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja di Hospital Batu Gajah (HBG) dan Makmal Kesihatan Awam Ipoh di sini, pada Selasa.
#PerakKini #HRPB #naiktaraf #fasiliti