LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Isu roboh kuil: Pemuda PN Perak buat laporan polis

Isu roboh kuil: Pemuda PN Perak buat laporan polis

Jul 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH -  Pemuda Perikatan Nasional (PN) Perak membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini berhubung dakwaan kenyataan berbaur rasis oleh Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng bahawa PN akan memusnahkan tokong jika berjaya memerintah Pulau Pinang. Ketua Pemuda PN Perak, Mohd Hafez Sabri mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu kontradiks dengan pemimpin Kerajaan Perpaduan yang lantang mengecam 3R (Royal, Religion, Race) yang menyentuh perihal institusi diraja, agama dan kaum. "Kenyataan tersebut adalah satu provokasi melampau yang jelas satu fitnah dan tindakan terdesak untuk menjatuhkan pihak lawan serta menakutkan kaum bukan Melayu," katanya. Beliau berharap tindakan undang-undang akan segera diambil berhubung kenyataan yang cukup melampau dan berunsur fitnah. Sebelum ini, sebuah akhbar China melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat "gelombang hijau" daripada bertapak di negeri itu, sambil mendakwa ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan. Akhbar berbahasa Cina itu memetik bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai berkata, jika gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya. #PerakKini #PerikatanNasional #PN #DAP #rasis #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.