LaraMag

collapse
Home / UMUM / Insiden pelancong China akan dibawa ke Jemaah Menteri Rabu depan

Insiden pelancong China akan dibawa ke Jemaah Menteri Rabu depan

Jul 02, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari SEPANG - PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan menjalankan siasatan rapi berhubung insiden membabitkan pelancong China yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. Beliau berkata perbincangan awal juga akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu depan. Anwar turut memaklumkan bahawa tindakan akan diambil pihak terbabit andai wujud kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menjejaskan kelinciran operasi. "Berhubung insiden membabitkan pelancong China baru-baru ini, saya memberi jaminan, siasatan rapi akan dijalankan pihak berkuasa hatta perbincangan awal akan dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini," jelasnya melalui kenyataan di Facebooknya pada Ahad. Terdahulu, media melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen (JIM) baru-baru ini. Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan. Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang. Beliau sebelum itu, mengadakan lawatan mengejut ke kaunter JIM di (KLIA) dan mendapati masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi memantapkan pengoperasian di pintu masuk negara ini. "Saya sempat bertegur sapa dan bertanyakan kepada anggota serta pegawai bertugas berkenaan operasi harian, baik di kaunter ketibaan mahupun pelepasan. "Kesempatan ini juga digunakan untuk melihat sendiri isu berbangkit atau permasalahan sewaktu pengendalian harian membabitkan pelancong dan warga asing selain warga tempatan. "InsyaALLAH tahap keselamatan dan pengoperasian di lapangan terbang negara akan senantiasa ditambahbaik dalam memastikan perkhidmatan sewajarnya diberikan kepada semua pihak," katanya. #PerakKini #KLIA #PMX #AnwarIbrahim #lawatan #mengejut #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.