LaraMag

collapse
Home / UMUM / Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) kongsi platform pengurusan lestari sumber semula jadi - MB Perak

Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) kongsi platform pengurusan lestari sumber semula jadi - MB Perak

Aug 09, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kolaborasi tiga negara di bawah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) menjadi platform bagi ketiga-tiga bagi melaksanakan pengurusan lestari sumber semula jadi. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sumber lestari itu terdiri daripada hutan, air dan hidupan liar. Menurutnya, ketiga-tiga negara berbeza namun mempunyai persamaan terutamanya dalam pengurusan sumber semula jadi secara lestari. "Walaupun kita kata berbeza negara tetapi berasaskan kepada sempadan, sebenarnya ada budaya, cara kerja dan banyak perkara yang bersamaan. "Sebab itu bila kita kata akan melakukan pengurusan secara lestari dalam aspek-aspek itu sama ada air, hutan dan sebagainya ia memerlukan kerjasama di antara ketiga-tiga negeri ini. "Pada masa sama, perlu ada kefahaman bersama contohnya jika berlaku jerebu ia akan menjejaskan keseluruhan (membabitkan negara-negara tersebut) dan sebab itu pentingnya kita memahami cara kaedah pengurusan hutan. "Justeru, kolaborasi ketiga-tiga segitiga ini sangat penting dan berlaku sejak sekian lama bukan jerebu sahaja, kita di bawah khatulistiwa yang sama, hutan pun hutan yang sama," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerjasama Hijau Sub Wilayah IMT-GT kali ke-6 di Casuarina@Meru, pada Rabu. Hadir sama, Ketua Delegasi Kerajaan Thailand, Leftenan Jeneral Polis merangkap Datuk Bandar Hatyai, Sakorn Thongmunee; Ketua Delegasi Republik Indonesia yang mewakili Kerajaan Bandar Raya Pekanbaru, Ahmad; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud dan Pengarah Pusat Sub Wilayah Majlis Kerjasama Hijau IMT-GT, Firdaus Dahlan. Dalam pada itu, Saarani berkata objek utama mesyuarat diadakan adalah untuk menyelia dan memantau kemajuan Rangka Kerja Pembangunan Bandar Lestari (SUDF). "Mesyuarat juga bertujuan menangani pelbagai cabaran alam sekitar dan sosial dengan menggalakkan pengurusan sumber yang bertanggungjawab, mengurangkan pencemaran dan sisa, dan memupuk masyarakat yang lebih saksama dan berdaya tahan. "Kesimpulan dan dapatan diperoleh daripada mesyuarat akan diumumkan pada Forum Ketua Menteri dan Gabenor, yang akan diadakan pada 27 September 2023 di Batam," jelasnya. Sementara itu, Saarani menyifatkan IMT-GT itu juga turut memberi manfaat kepada negeri Perak bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024. #PerakKini #IMTGT #MBI #KerajaanPerak #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.