LaraMag

collapse
Home / UMUM / Helikopter hilang: Orang awam dengar helikopter terbang rendah, bunyi kuat

Helikopter hilang: Orang awam dengar helikopter terbang rendah, bunyi kuat

Sep 11, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari BIDOR - Helikopter jenis Eurocopter yang dilaporkan hilang tengah hari tadi dikatakan terbang rendah dan mengeluarkan bunyi kuat di kawasan belakang rumah Kampung Kenangan, Jalan Bidor, Teluk Intan, dekat sini. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerima panggilan telefon dari orang awam memaklumkan mengenai perkara berkenaan kira-kira jam 5.40 petang tadi. Menurutnya, terdahulu pada jam lebih kurang 3 petang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak memaklumkan mengenai kehilangan dari radar sebuah helikopter dari Subang ke Ipoh. Tambahnya, helikopter yang diterbangkan seorang juruterbang itu bernombor pendaftaran N409HH jenisĀ  Eurocopter EC120B warna hitam milik syarikat Heli Outpost Sdn Bhd. Katanya, lokasi terakhir helikopter itu dikesan adalah di sekitar Hutan Simpan Chikus. "Selepas itu pada jam 4 petang, atur gerak tugas pencarian dilaksanakan diĀ  sempadan Hilir Perak. "Bagaimanapun, selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.40 petang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seramai 11 pegawai dan 80 anggota terdiri daripada pelbagai agensi keselamatan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media khas berhubung insiden itu di Balai Polis Bidor, malam tadi. Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusri memaklumkan operasi SAR akan diteruskan pada jam 8 pagi esok dengan menumpukan Hutan Simpan Chikus dan kawasan-kawasan terpencil berhampiran. "Sehubungan itu, jika ada orang awam yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan sila tampil dan maklum kepada balai polis berhampiran," ujarnya. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada sidang media petang tadi memaklumkan helikopter jenis Eurocopter hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) pada jam 12.16 tengah hari tadi. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan kepada beliau bahawa helikopter itu sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi. #PerakKini #helikopter #hilang

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.