LaraMag

collapse
Home / AGAMA / Helikopter hilang: Operasi SAR diteruskan pagi ini

Helikopter hilang: Operasi SAR diteruskan pagi ini

Sep 12, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) helikopter Eurocopter EC120B yang diterbangkan seorang juruterbang yang dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) tengah hari semalam disambung semula pagi ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata seramai 10 pegawai dan 197 anggota daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi SAR yang bermula jam 8 pagi. Menurutnya, antara agensi yang terbabit dalam SAR hari ini termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), unit udara PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Am (PGA3) Bidor, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). "Pasukan SAR berkenaan di bahagian kepada dua kumpulan melibatkan lima sektor. "Pada pagi ini, operasi pencarian disambung semula dengan pencarian sejauh lima kilometer (km) radius di sekitar Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan," katanya ketika ditemui di Balai Polis Bidor, pagi ini Menurutnya, setakat ini cuaca diramalkan baik dan secara tidak langsung dapat membantu memudahkan SAR. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada sidang media petang semalam memaklumkan helikopter jenis Eurocopter hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) pada jam 12.16 tengah hari tadi. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan kepada beliau bahawa helikopter itu sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor pada jam 11.37 pagi. #PerakKini #helikopter #hilang  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.