LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Guna logo halal palsu, KPDN serbu premis proses susu kacang soya di Teluk Intan

Guna logo halal palsu, KPDN serbu premis proses susu kacang soya di Teluk Intan

Jun 28, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Sebuah premis memproses susu kacang soya diserbu selepas dikesan menggunakan logo halal palsu pada botol minuman berkenaan. Serbuan itu dijalankan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak dan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menerusi Ops Logo Halal Palsu kira-kira jam 11.00 pagi semalam di Hutan Melintang, dekat sini. Ketua Pegawai Penguat kuasa Pejabat KPDN Perak, Mohamed Aznanshah Khalid, berkata operasi dijalankan hasil risikan oleh pihaknya selama beberapa hari. Menurutnya, hasil risikan itu menemukan sebuah premis kediaman yang diubahsuai sebagai tempat memproses makanan dan minuman. "Hasil pemeriksaan di premis berkenaan mendapati terdapat susu kacang soya yang siap diproses dan dibotolkan disyaki menggunakan logo halal palsu bagi untuk diedarkan di premis-premis perniagaan runcit sekitar Teluk Intan. "Selain itu, premis kediaman tersebut dipercayai beroperasi menggunakan logo halal tanpa perakuan dan kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). "Semakan awal Bahagian Pensijilan Halal, Jabatan Agama Islam Ipoh turut mengesahkan mereka tidak diberikan sebarang pensijilan atau kebenaran untuk menggunakan logo halal pada produknya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Beliau berkata sebanyak 170 botol susu kacang soya dan 4,300 unit label yang mempunyai logo halal dengan nilai rampasan RM1,182.50 turut disita dalam serbuan tersebut. "Pemilik perniagaan lelaki berusia 58 tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," jelasnya. #PerakKini #KPDN #logohalal #palsu #TelukIntan #RBZ    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.