LaraMag

collapse
Home / UMUM / Gerai makan rosak teruk akibat hujan lebat, angin kencang di Taman Perpaduan

Gerai makan rosak teruk akibat hujan lebat, angin kencang di Taman Perpaduan

Jun 22, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Hujan lebat berserta angin kencang yang berlarutan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan sebuah gerai makan rosak teruk dan atap diterbangkan angin dalam kejadian ribut yang berlaku di Taman Perpaduan, Ulu Kinta pada Khamis. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinta kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.12 petang tadi. "Anggota APM Kinta bergerak ke lokasi bagi memantau dan membuat penilaian ribut di kawasan tersebut. "Setibanya di lokasi, kita mendapati sebuah gerai makan rosak teruk dan atap ya tercabut sehingga ke arah jalan raya," jelas kenyataan itu. Sehubungan itu, APM Kinta akan terus mengemaskini laporan dari semasa ke semasa mengenai kejadian berkenaan. #PerakKini #hujan #lebat #anginkencang #TamanPerpaduan #UluKinta #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.