LaraMag

collapse
Home / BISNES / Gerai bergerak Shopee catat RM108,000 rekod jualan

Gerai bergerak Shopee catat RM108,000 rekod jualan

Dec 23, 2021  Admin Perak Kini  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Peniaga mikro dari golongan B40 hasil kerjasama antara Shopeepay dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang menjalankan perniagaan di Bulatan Sultan Azlan Shah berjaya mencatatkan rekod jualan keseluruhan sebanyak RM108,000 sejak mula beroperasi kira-kira dua minggu lalu. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata program yang dilaksanakan bagi membantu serta memberi peluang kepada peniaga yang kehilangan mata pencarian akibat pandemik Covid-19 di daerah Kinta itu turut menghasilkan purata pendapatan sekitar RM390 sehari bagi setiap peniaga. Menurutnya, program yang dilancarkan pada akhir Oktober lalu itu adalah lanjutan pelaksanaan program pendigitalan usahawan di Perak yang menjadi fokus Kerajaan Negeri melalui STeP pada tahun ini. Tambahnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) juga turut bekerjasama dalam menyediakan tapak perniagaan di Bulatan Sultan Azlan Shah. "Saya dimaklumkan pihak Shopee bercadang untuk meluaskan kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mendigitalkan lebih banyak perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri ini, seperti yang dicapai oleh inisiatif ShopeePay Push Cart ini," katanya. [caption id="attachment_1674" align="aligncenter" width="300"] Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua kiri) bersama Ketua ShopeePay Malaysia dan Pengurusan Shopee, Alain Yee (dua kanan) pada Majlis Penyerahan 20 Gerai Shopee, Program Kerjasama Khas Kerajaan Negeri Perak – Shopee – PKNPk – STeP di Bulatan Sultan Azlan Shah, di Bandar Meru Raya, malam tadi.[/caption] [caption id="attachment_1672" align="aligncenter" width="300"] Gerai bergerak Shopee.[/caption] [caption id="attachment_1673" align="aligncenter" width="300"] Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (baju biru) bersama Ketua ShopeePay Malaysia dan Pengurusan Shopee, Alain Yee (baju putih) ketika melawat peniaga gerai bergerak Shopee.[/caption] Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan 20 Gerai Shopee, Program Kerjasama Khas Kerajaan Negeri Perak – Shopee – PKNPk – STeP di Bulatan Sultan Azlan Shah, di Bandar Meru Raya, malam tadi. Hadir sama, Ketua ShopeePay Malaysia dan Pengurusan Shopee, Alain Yee; Pengarah STeP, Mohamad Rozlan Mohamad Razalli dan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Terdahulu, beliau menerima sumbangan 20 gerai bergerak (pushcart) daripada pihak Shopee di bawah Program Khidmat Masyarakat bagi membantu serta memberi peluang kepada peniaga-peniaga terbabit.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.