LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Gara-gara nak untung cepat, peniaga rugi hampir RM900,000 ditipu pelaburan mata wang kripto

Gara-gara nak untung cepat, peniaga rugi hampir RM900,000 ditipu pelaburan mata wang kripto

Jul 17, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Seorang peniaga mengalami kerugian RM870,000 selepas ditipu pelaburan mata wang kripto yang menjanjikan pulangan lumayan. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa, lelaki berusia 54 tahun dari Kerian itu ditawarkan satu pelaburan mata wang kripto oleh seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp pada 24 Jun lalu. "Hasil siasatan mendapati dalam kejadian yang berlaku 24 Jun lalu mangsa dihubungi seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp meyakinkan bahawa dirinya telah mendapat keuntungan besar dalam pelaburan mata wang kripto. "Akibat terpedaya dengan kata-kata suspek, mangsa mula membuat pelaburan dengan memasukkan duit ke dalam aplikasi mata wang kripto yang diberikan oleh suspek tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, pada mulanya mangsa hanya melabur sebanyak RM5,000 dan mendapat keuntungan sebanyak lebih kurang RM1,000." "Selepas itu, mangsa berjaya mendapat semula modal bersama keuntungan dan kemudiannya, suspek meminta mangsa membuat pelaburan lebih besar untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi. "Oleh kerana terpedaya, mangsa melakukan beberapa transaksi secara atas talian dan melalui kaunter bank ke tiga akaun bank yang diberikan suspek melibatkan jumlah keseluruhan RM870,000 serta mangsa dijanjikan keuntungan bernilai RM1.5 juta," katanya. Mohd Yusri berkata mangsa meminta suspek untuk membuat pengeluaran tetapi pelbagai alasan diberikan dan mangsa juga diminta membuat bayaran proses berjumlah 30 peratus daripada jumlah pengeluaran. "Sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut dan mangsa rasa tertipu serta membuat laporan polis pada jam 11.15 malam semalam," katanya. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan. #PerakKini #PDRM #kripto #pelaburan #tidakwujud #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.