LaraMag

collapse
Home / UMUM / Galak setiap masjid tubuh koperasi - MB Perak

Galak setiap masjid tubuh koperasi - MB Perak

May 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kerajaan negeri Perak menggalakkan penubuhan koperasi di setiap masjid di negeri ini untuk menjana pendapatan melalui aktiviti perniagaan yang secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada komuniti masjid dari segi sosio ekonomi. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata apabila perniagaan yang dijalankan koperasi di masjid sudah berkembang maju dan memperoleh keuntungan, ahli kariah masjid akan mendapat pulangan melalui pembayaran dividen. "Kalau setiap masjid mengambil inisiatif untuk menubuhkan koperasi dan keahlian dibuka kepada ahli kariah masjid itu, yuran daripada pungutan itu membolehkan koperasi tersebut membuka perniagaan. Paling kurang buka kedai runcit dalam kompaun masjid. "Contohnya Masjid Nurul Salam Batu 4 yang terletak di tepi jalan di Gerik. Orang singgah untuk solat, tapi ada kemudahan pasar mini membolehkan mereka memberi barangan keperluan harian. "Apabila perniagaan pasar mini itu mendapat keuntungan, ia boleh mengeluarkan dividen untuk diagihkan kepada ahli," katanya. Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Perak Tahun 2023 di hotel Casuarina @ Meru, di sini malam tadi. Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, K Saraswathy dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Salbiah Mohamed. Terdahulu, ketika berucap dalam masjid tersebut, Saarani mengumumkan insentif penghargaan berjumlah RM33,000 kepada 11 koperasi yang berjaya tersenarai dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi tahun 2022. #PerakKini #SuruhanjayaKoperasiMalaysia #KerajaanNegeriPerak #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.