LaraMag

collapse
Home / UMUM / Eksesais Malaysia-Pakistan kukuhkan kerjasama antara TLDM dan TLP

Eksesais Malaysia-Pakistan kukuhkan kerjasama antara TLDM dan TLP

Aug 06, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari LUMUT - Kerjasama pertahanan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Pakistan (TLP) diperkukuhkan lagi melalui Eksesais Malaysia-Pakistan (MALPAK) siri 4/2022 yang diadakan di sekitar perairan Selat Melaka semalam. Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam satu kenyataan memaklumkan eksesais itu membabitkan Kapal Diraja (KD) Jebat bersama kapal terbaharu armada TLP, PNS Taimur. Menurutnya, PNS Taimur sudah tiba di Tambatan Pangkalan Lumut untuk lawatan operasi pada 2 Ogos lalu. Katanya, Kapal frigate kelas Tughril itu adalah kapal kedua selepas PNS Tughril. "Sepanjang eksesais ini berlangsung, ia memfokuskan kepada peningkatan kesefahaman serta keboleh operasian bersama kedua-dua angkatan laut. "Malah, perkongsian kepakaran dan ilmu turut diberi penekanan dengan pelaksanaan Personnel Exchange Programme warga kapal KD Jebat dan PNS Taimur," katanya pada Sabtu. [caption id="attachment_2739" align="aligncenter" width="300"] TLDM dan TLP ketika menjalankan Eksesais Malaysia-Pakistan siri 4/2022 di sekitar perairan Selat Melaka. - Foto: Ihsan TLDM[/caption] Kenyataan itu turut menyebut bahawa selain komited terhadap keselamatan maritim negara, TLDM akan terus memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut negara sahabat dalam memperkasakan diplomasi pertahanan serta antarabangsa bagi membuktikan kredibiliti, kewibawaan dan kecemerlangan TLDM di peringkat global. #PerakKini #TLDM #TLP #Malaysia #Pakistan  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.