Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan (Bahagian Pertama)(Pindaan) 2022 bagi menghalang seseorang wakil rakyat 'melompat' parti selaras dengan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti.
Kelulusan itu disokong sebulat suara oleh Ahli Dewan ketika Persidangan DUN Perak ke-15 di sini, pada Khamis.