Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini perlu menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat sebaik mungkin walaupun tidak berada dalam kedudukan kerajaan negeri itu.
Kedua-dua wakil rakyat yang dimaksudkan itu adalah
ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau sendiri telah memberi nasihat kepada kedua-dua ADUN terbabit supaya terus fokus dalam melunaskan amanah dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Katanya, kedua-dua wakil rakyat itu akan tetap memberi sokongan dan suara khususnya dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan negeri.
"Stop politicking, keputusan telah dibuat, terus beri perkhidmatan, itu yang penting.
"Walaupun not in the government, mereka adalah ADUN dan ada tanggungjawab. Ada dasar baik yang perlu beri sokongan. Bersuaralah juga jika ada perkara tidak baik yang memburukkan kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Derma Darah anjuran Perak FoodBank bersama Kelab Kiwanis Jelapang di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Tawas Tambahan di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi Perak FoodBank, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi; Pengerusi Kelab Kiwanis Jelapang, Syed Nasrul Azmi Syed Mahmud dan Ketua Unit Jabatan Perubatan Tranfusi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr Norsazila Zambree.