LaraMag

collapse
Home / UMUM / Dugaan Aidiladha, tukang mesin rumput reda rumah pusaka lebih separuh abad musnah terbakar

Dugaan Aidiladha, tukang mesin rumput reda rumah pusaka lebih separuh abad musnah terbakar

Jul 11, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari TANJUNG RAMBUTAN - Sebuah rumah pusaka lebih separuh abad yang menjadi tempat berkumpul keluarga 10 adik beradik pada Hari Raya musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Kolam Air di sini, awal pagi tadi. Amran Othman, 62, salah seorang daripada adik beradik yang menjaga rumah pusaka itu berkata ketika kejadian dia sedang tidur di bilik tengah sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran sebelah. Menurutnya, selepas mendengar jeritan itu dia segera keluar menyelamatkan diri melalui pintu tengah rumah berkenaan. [caption id="attachment_2393" align="aligncenter" width="300"] Keadaan rumah yang musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan awal pagi tadi.[/caption] "Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, saya yang kepenatan selepas menjalani ibadat korban tidur di bilik tengah rumah tersebut sebelum terdengar suara jiran sebelah menjerit menyuruh saya keluar dari rumah. "Selepas keluar saya dapati api marak dengan cepat kerana hampir keseluruhan rumah diperbuat daripada kayu," katanya kepada Perak Kini pada Isnin. Menurutnya, selain rumah, dia juga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit selepas motosikal jenis Honda EX5 dan Modenas 500 serta empat buah mesin rumput turut musnah dalam kebakaran itu. "Dalam pada itu, saya akan berbincang dengan adik beradik lain dan mencari jalan terbaik untuk membina semula rumah pusaka berkenaan," kata tukang mesin rumput terbabit. [caption id="attachment_2394" align="aligncenter" width="300"] Mazlan (kanan) ketika melawat lokasi kejadian kebakaran rumah di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini.[/caption] Sementara itu, Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang meluangkan masa ke lokasi kejadian memaklumkan akan cuba membantu dalam usaha membina semula rumah tersebut. "Semoga dia bertabah dan bersabar serta terus berdoa kepada ALLAH SWT agar segala urusan berkaitan rumah pusaka itu dapat diselesaikan segera," ujarnya. Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu mengakibatkan 80 peratus binaan rumah 90 peratus barangan musnah. #PerakKini #kebakaran #rumahpusaka #KampungKolamAir #TanjungRambutan #Ipoh

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.